Sunday, April 8, 2012

RM43 bilion ditanggung jika mansuh PTPTN - PM


Kerajaan akan menanggung RM43 bilion jika pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sekiranya dimansuhkan seperti janji pihak pembangkang sekiranya memerintah, ia akan menjadi beban kepada kerajaan.

"Saya nak bagi tahu, PTPTN kalau dimansuhkan kerajaan akan menanggung kos RM43 bilion. Ada tiga sahaja kerajaan yang buat dan salah satu adalah Norway.

"Tapi di Norway, kadar cukai yang dikenakan kepada rakyat pula sangat tinggi. Adakah kita nak naikkan cukai kepada rakyat untuk hapuskan pinjaman PTPTN? Sudah pasti kita tak mahu membebankan rakyat dengan naik cukai," katanya

Perdana Menteri berkata, sebenarnya 90 peratus kos pengajian telah ditanggung oleh kerajaan dan hanya 10 peratus yuran dibayar oleh penuntut menerusi pinjaman PTPTN.


p/s:tapi kan kalo mansuh pon apesalahnye...banyak kot..aku ni baru je abis blajar...da hutang banyak...tp ikut lah mna baik dan buruknyer...mungkin sesetengah orang nak di mansuhkan dan sesetengah lg xnak..

No comments:

Post a Comment